124KgSolok
Yang Selalu Ku Rindui
February 3, 2013
Sunday, August 26, 2018
Sunday, April 2, 2017
KECOH DENGAN KATA ORANG GILA
KECOH ORANG GILA TINGGAL DI MASJID SOUND JEMAAH “KAN
ALLAH KATA ORANG GILA TAK WAJIB SOLAT, TAK WAJIB LAH, KAU SOLAT LA”. SELEPAS
KEMATIANNYA RAMAI TERTANYA2 KENAPA NAMANYA DISEBUT2 DALAM SOLAT SELAMA 30HARI
OLEH IMAM. BILA IMAM BUKA CERITA RAMAI TERGAMAM !!!
September 22, 2017
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah
Surau di klang selangor. Telatah Hussien si orang gila ini buat jemaah surau
terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah
pergi mnggalkan dunia yg fana. Dia di gelar Husein gila sbb dari zahirnya kita
lihat dia tak seperti org biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip
benda-benda kotor di kapet surau dan dimasukkan kedalam poketnya. Pernah jemaah
surau bagi dia penyapu, dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai pnyapu
kalau satu aku kutip gna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak
bleh nk kata apa-apa
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai
dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak
siap. Sebab apa? orang bagi brus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tnya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai,
sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai brus gigi malam bru
siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi
dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata
‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang,
membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan
surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip
nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun
makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak
boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang
solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Husein marilah solat sama?’ Dia
tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib
lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni
pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pkul dia. Bapak dia pun sama,
sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak
azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam
surau suruh biarkan sahaja.
SubhanALLAH saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah
mendengrnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila
ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari
aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak
wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia
gelak.
saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang
tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis,
sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi
yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya
jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak
dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk.
Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam
bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu
orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan
kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein
gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup
dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan
keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita.
Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir
batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk
sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd
ALLAH SWT YANG HAQ.
Sumber: Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan klang
selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)