February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Sunday, September 11, 2016

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin


Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"


Saya mulakan entry dengan firman Allah dalam Al Quran bagi membuka mata sebahagian besar umat islam di Malaysia ini khas dan amnya kepada seluruh rakyat Malaysia yg masih belum dibukakan hatinya akan segala macam perkara yg saya lihat semakin parah dalam masyarakat kita.Perkara yg saya lihat paling mustahak atau au'la dalam hal negara kita adalah isu moral seorang pemimpin yg hendak diangkat menjadi orang nombor satu negara.


Satu persatu perkara dibukakan aibnya oleh Allah S.W.T terhadap manusia yg digelar oleh isterinya"Pemimpin Anugerah Tuhan". Apa hak dia sebagai manusia meletakkan satu panggilan yg dikatakan paling agung yg dilihat melebihi Nabi Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W  yg dipilih oleh Allah dari kalangan manusia untuk menjadi utusan Allah kepada sekalian alam(rahmatan lillalamin).Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya:


 "Dan tidak Kami utus engkau kecuali sebagai rahmat bagi segenap makhluk di bumi",(QS, Al-Anbiya:107)


Kita mesti ambil ini sebagai iktibar kerana apabila mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun kata-kata yg sensitif seperti ini perlu ada adab dan etikanya kerana ini berkaitan soal aqidah . Apabila dikatakn anugerah tuhan apakah dia menerima wahyu yg mengatakan suaminya itu pemimpin anugerah tuhan.Nauzubillahi minzalik,apabila bercakap kena ada ilmu tidak boleh cakap melampaui darjat para nabi dan rasul.


Hari demi hari, waktu demi waktu , Allah memperkenan doa orang teraniaya dengan membuka pekung segala dosa dan noda manusia yg sudah tidak kenal kenal erti taubat. Umurnya sudah menjelang senja, bila-bila masa sahaja ,izrail bakal mencabutnya. Solat hajat saban tahun diadakan oleh ulama pewaris nabi yg sanggup mengkafirkan saudara seislam sendiri yg tidak sehaluan dengan mereka bagi menyelamatkan manusia ini. Doa tidak putus-putus membulatkan hati kepada Ya Rabb untuk menolak segala yg dikatakan fitnah semata-mata. Maka dengan doa itulah Allah membalikkan segala-galanya kepada mereka kembali.


Perancangan jahat mereka ,hanya mereka dan Allah sahaja yg tahu.Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah". Mereka mengatakan ini semua konspirasi jahat kerajaan  untuk menjatuhkan pemimpin mereka padahal pemimpin mereka yg menolak hukum islam " amar makruf nahi mungkar". Selepas keluar penjara kes liwat timbul, tak habis kes liwat nie, isu video seks pulak timbul. Apa nak jadi ni. Takkan sampai isu seks dengan pelacur nie pun , konspirasi kerajaan lagi kot. Bohong sangat la.


Kalau diamati betul-betul dari snapshot video itu memang dia la pelakunya.Semalam pun dah keluar satu video smbungannya. Sebentar tadi pun dengar berita dari  blogger yg lain dah keluar video full edition kat you tube tapi dah kena buang.


Usah lah beranggapan rakyat malaysia ini bodoh , tak tahu mana yg betul atau salah, cuma penyokong tegar PR saja yg belum dapat seru saja yg masih sokong manusia semacam itu. Acapkali, ditanya oleh wartawan berkaitan isu itu, dia pasti melenting tidak tentu pasal. Marah wartawan kata tidak ada etika kewartawanan la.
Isunya bukan masalah etika,itu sudah menjadi tugas wartawan tersebut bagi mendapatkan berita sebenar.Usah la memutarbelitkan cerita kalau rasa diri tu tidak bersalah.


Bercakap berkaitan memutarbelitkan berita nie, baru-baru ni Suara Keadilan mengeluarkan berita mengatakan fatwa haram membaca utusan malaysia oleh Dato Dr. Harun Din ,Timbalan Mursyidul Am Pas.Kemudian tidak lama selepas itu , Dato'Dr. Harun Din mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah kata baca Utusan Malaysia hukumnya haram sebabnya dia sendiri pun membaca Utusan Malaysia.Nampak sangat PKR nie dah ketandusan idea untuk terus menipu rakyat.Sampaikan sanggup memutarbelitkan isu halal haram ini.


Satu lagi berita yg hangat adalah berkaitan tentang percakaran anak -anak Ali iaitu Azmin Ali dengan Mustafa Ali. Mustafa kata PAS akan memikirkan semula kedudukan PAS dalam PR . Lepas itu, melenting la si Azmin ni dalam twitternya dengan menyindir mustafa. Sampaikan pihak parti masing2 tidak mahu ikut campur dalam perang mulut mereka ini. Nampak sangat sudah ada pemimpin yg sudah tidak senang berada dalam tahalluf siyasi  yg silap percaturannya sejak dari awal lagi. Mereka berasa rakyat sudah menolak mereka dek isu moral yg jijik ini.


Kesimpulannya, setiap apa yg dirancang oleh manusia secara sembunyi mahupun nyata tetap diketahui jua oleh Allah. Kita mesti ingat Allah adalah sebaik-baik perancang dan pengatur. Tidak akan ada satu benda pun tidak yg tidak diketahui oleh Allah.Kata Guruku bahawa semut hitam yg kecil tinggal diatas batu yg besar dalam gelap  tetap dalam perhatian Allah S.W.T. Subhanallah, Maha Suci Allah. Guna akal yg dikurnia oleh Allah dengan sebaik-baiknya dalam meningkatkan ketakwaan kita kepada-Nya.








No comments:

Post a Comment