Terlalu banyak hadis
Nabi saw tentang buah tamar, namun kami hanya mengutip secara ringkas beberapa
hadis sahaja dalam risalah ringkas ini sebagai membuktikan keutamaan dan gesaan
dari Rasulullah saw supaya mengambil buah kurma kerana khasiat yang
banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah ;
(Maksudnya) Terdapat
di dalam hadis sahih daripada Nabi saw, "Sesiapa yang makan tujuh biji
buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz : tamar dari Al-Aliyah)
maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu".
(Dikeluarkan oleh Imam bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)
Hadis Nabi saw :
(Maksudnya) Bahawa
baginda saw bersabda : "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka
penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)".
(Hadis dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046)
Hadis Nabi saw :
(Maksudnya) Disabitkan
daripada Baginda : "Bahawa Baginda saw memakan tamar dengan
mentega, memakan tamar
dengan roti dan memakan tamar sahaja".
(Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan
oleh Ibnu Majah 3434)
Menurut Anas bin Malik r.a., rasulullah saw berbuka puasa dengan
beberapa biji tamar yang segar sebelum menunaikan solat maghrib. sekiranya
tidak ada kurma yang segar, Baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika
tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa ceduk air.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Asal usul kejadian
pokok kurma adalah lebihan tanah yang Allah SWT ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok
kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam selepas melahirkan anaknya Nabi Isa
a.s. Siti Maryam telah diminta oleh Allah untuk menggoncangkan pohon kurma yang
tumbuh di tempat melahirkan anaknya lalu gugurlah buah kurma masak dan dimakan
oleh Siti Maryam. Kisah ini terkandung dalam surah Maryam ayat 25. Allah
berfirman yang maksudnya, "Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arahmu,
nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta
minumlah dan bersenanglah kamu."
Itulah kali pertama buah kurma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam mendapat tenaga serta mengubati dirinya dengan khasiat kurma selepas lemah melahirkan nabi Isa a.s tanpa menggunakan herba yang lain. Memahami peristiwa ini, kami menasihatkan masyarakat Islam khususnya wanita agar mengambil banyak buah kurma semasa mula mengandung dan setelah melahirkan anak kerana kerana khasiat buah kurma sepertimana yang disebut dalam kitab perubatan Islam akan menyihatkan anak dalam kandungan dan menyihatkan ibu mengandung, memulihkan tenaga, membanyakkan susu serta memulihkan sistem peranakan kembali normal dan khasiat lain yang terlalu banyak untuk kesihatan.
Rasulullah saw dan nabi-nabi terdahulu amat menyayangi pokok kurma kerana ia dikatakan buah yang serasi dengan tumbuh badan manusia. Buah itu juga tidak berbau busuk kerana Allah SWT ingin memelihara kesuciannya di samping memudahkannya ditanam dalam keadaan cuaca panas kering melebihi 55 darjah celcius. Bahkan sepanjang buah kurma berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Inilah di antara rahsia buah kurma dan dengan hakikat kebaikan tamar ini kami jadikan KHAL bagi memenuhi kehendak perubatan Islam sebenar.

Perniagaan Qurba
memilih buah tamar (kurma) untuk dibuat KHAL.
Kenapa dan apakah rahsia kebaikan buah kurma dalam perubatan Islam?
Kami cuba memenuhi kehendak kesihatan badan yang maksimum menurut Khazanah Perubatan Islam untuk masyarakat di Malaysia kerana buah kurma sangat penting untuk kesihatan badan.

Rahsia Kelebihan
Amalan KHAL Oleh Orang Arab, Satu Pengalaman Aneh Melihat "Orang Arab
Dapat Makan Kambing Panggang Seekor, Untuk Dua Tiga Orang".
Bermula dari tahun 1983, semasa saya menuntut di universiti Al-Azhar di Mesir, saya selalu berfikir dan menyelidik tentang rahsia perubatan Islam. Saya mendapati penggunaan herba untuk kesihatan badan sangat meluas digunakan di negara Mesir. Dapat dibuat perbandingan dengan negara kita Malaysia dengan kadar sepuluh kali ganda banyaknya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kedai-kedai herba yang terlalu banyak di Mesir dan kandungan herba yang berbagai-bagai jenis untuk perubatan yang bermacam-macam. Ini jelas terbukti bahawa tamadun perubatan Islam sudah lama bertapak serta diamalkan dengan kita melihat pula kitab-kitab perubatan Islam terlalu banyak, berjilid-jilid, dalam saiz yang besar dan tebal. Boleh dikatakan Khazanah Perubatan Islam ini terlalu besar dan terlalu kerdil untuk saya perkatakan.
Saya mengkaji rahsia dan kaedah makanan orang Arab di Mesir. Saya mendapati masyarakat Arab dalam cara pemakanan mereka sangat berbeza dengan masyarakat di Malaysia, mereka memakan sayur-sayuran yang tidak dimasak (mentah), banyak meminum jus buah-buahan dan yang penting sekali yang hendak saya nyatakan di sini ialah mereka banyak memakan jeruk buah timun, lobak merah (carrot), ubi lobak putih yang dijeruk dengan KHAL dalam makanan mereka. Mereka juga banyak meminum KHAL yang dicampurkan dengan madu lebah. SEjak dahulu lagi saya mendapati orang Arab makan dalam kuantiti yang banyak, dan yang anehnya saya melihat "seekor kambing yang dipanggang, dimakan habis untuk dua, tiga orang sahaja" tanpa mereka takut terkena darah tinggi, kolestrol, obesiti, kencing manis dan sebagainya. Inilah rahsia yang hendak diperkatakan di sini. Sememangnya memakan daging kambing dalam jumlah yang banyak adalah perkara biasa bagi masyarakat Arab tetapi ia amat berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat di Malaysia. Peristiwa memakan daging kambing tersebut boleh dirujuk kepada sesiapa yang pernah tinggal di negara Arab dan juga jemaah haji serta yang pernah melancong ke negara arab.
Sejak awal tahun 1983, saya cuba mencari jawapan, kaedah dan cara amalan permakanan masyarakat Arab. Hal ini kerana mereka jarang menghidapi penyakit akibat daripada cara pemakanan mereka sebaliknya mereka hidup sihat dan panjang umur.
Pada tahun 2004, saya pergi ke Mesir untuk membuat kajian yang lebih mendalam tentang perubatan Islam di sana khususnya tentang herba-herba, kaedah dan cara. Saya mendapat rahsia bagaimana dua tiga orang Arab boleh memakan seekor kambing panggang adalah kerana mereka mengamalkan KHAL. Ini disebabkan oleh sifat KHAL yang dapat memotong lemak, kolestrol, asid dan segala racun yang boleh melemahkan organ badan yang akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolestrol, diabetes, obesiti (gemuk) dan yang seumpamanya.
Saya belajar sendiri cara untuk membuat KHAL dan herba yang sesuai dimakan bersama KHAL untuk diperkenalkan kepada Masyarakat Malaysia, khususnya orang Islam agar kesihatan kita bertambah baik sebagai persediaan awal agar terhindar daripada pelbagai penyakit. Jika kita mengamalkan KHAL, yang pentingnya kita tidak akan rugi masa, tenaga dan wang ringgit untuk selalu berjumpa dengan doktor. Kesihatan yang baik membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Inilah kebanggaan kami.
Oleh itu saya mengharapkan khususnya masyarakat islam di Malaysia agar menggunakan KHAL pada setiap hari dalam jangka masa yang lama, sebaiknya jangan diputuskan atau berhenti meminumnya kerana amalan ini diamalkan oleh Nabi Muhammad saw sendiri sepertimana "minuman kesihatan sunnah Nabi-nabi" dalam keterangan dan gesaan Baginda saw dalam hadis-hadis yang ditulis dalm risalah ini. Begitu juga gesaan ulama' perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka, serta disokong juga oleh perubatan moden Barat, China, Jepun, India dan sebagainya. Amalan meminum KHAL oleh orang-orang Arab sehingga ke hari ini menjadi bukti kepada kita bahawa warisan perubatan ini adalah lanjutan daripada perubatan Nabi saw.
KHAL ini amat berkesan sehingga berubah menjadi tabiat buruk orang Arab iaitu makan terlalu banyak seperti tabiat mereka memakan seekor kambing hanya untuk dua tiga orang sahaja. Amalan seperti ini sememangnya tidak baik dalam Islam tetapi mereka berani berbuat demikian kerana mereka meminum KHAL, dijadikan amalan harian mereka. Inilah rahsia KHAL terutamanya KHAL tamar kerana ia lebih berkesan daripada KHAL yang lain, kerana tamar mengandungi khasiat yang sangat tinggi dalam perubatan Islam dan menjadi amalan Nabi saw, serta gesaan Baginda untuk memakan buah kurma pada setiap hari, sekurang-kurangnya tujuh biji. keistimewaa tamar dapat dirujuk dalam risalah ringkas ini.

Kenapa KHAL diperlukan
oleh tubuh badan?
Menurut kitab perubatan Islam klasik, moden serta kajian buku-buku perubatan moden menyatakan bahawa KHAL adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) kerana peranan potassium menjadikan kulit tegang, tidak berkedut dan mencegah garis-garis halus di muka. Potassium juga berguna untuk kecerdasan, tidak letih dan malas bergerak serta kelihatan riang.
KHAL adalah makanan dan minuman kesihatan yang unik kerana ia bersifat asidik pada rasa tetapi berbahaya kepada tubuh. KHAL adalah minuman beralkali yang dapat mengimbangkan asid dalam badan manusia serta mengembalikan keseimbangan pH dalam tubuh.
Selain potassium dan asidik, KHAL juga kaya denganvitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL diperlukan oleh tubuh badan sebagai ejen pembersih badan, organ-organ dalam badan untuk menyingkirkan bakteria-bakteria negatif, kuman-kuman, bau badan serta memulihkan semua organ penting tubuh badan untuk bekerja dengan baik bagi mencapai kesihatan yang maksimum.
KHAL dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid dalam badan), memotong lebihan gula yang membawa kepada kencing manis (diabetes), memotong garam yang berlebihan akibat daripada pengambilan garam yang terlalu masin dalam makanan atau memakan terlalu banyak makanan yang membentuk garam yang tinggi. Akibat daripada pengambilan yang berlebihan, sistem darah dalam tubuh kita akan berisiko tinggi menghidapi masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada penyakit strok atau lumpuh, badan terketar-ketar, lup, nyanyuk, dan sebagainya.
Secara ringkasnya KHAL sangat diperlukan oleh tubuh badan kerana penggunaan KHAL secara rutin (jangka masa panjang) akan mengurangkan keperluan kita berjumpa dengan doktor, tidak membazir wang, masa dan tenaga serta yang pentingnya kelihatan sihat dan dapat beribadat kepada Allah dengan baik, segar dan awet muda kerana KHAL adalah pemangkin kesihatan yang utama digunakan sejak berkurun lamanya sepertimana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku-buku perubatan Barat.

(Maksudnya)
"Sebaik-bak hidangan ialah KHAL, kerana dapat memecahkan lemak di badan dan
menghidupkan hati."
Saiyidina Ali
(karramallah) berkata
(Maksudnya)
"Minumlah oleh kamu KHAL, kerana KHAL dapat membunuh ulat-ulat (bakteria
atau kuman) di dalam perut."
Lihat dalam Kitab
Perubatan Saiyidina Ali (k.w.), Oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida',
Bairut, 1418H, muka surat 320,325.
Kebaikan KHAL menurut
Ulama' Perubatan Islam terkenal iaitu Ibnu Sina (Tahun 370-428H) dalam kitab
beliau Al-Quran fi Al-Tib Tahqiq dan Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, juzuk I,
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, muka surat 908-909.
(Maksudnya) KHAL dapat
mencegah sebrang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah,
membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk
yang berpanjangan, menjaga kulit daripada kepanasan matahari, mengatasi masalah
lemak-lemak di badan (kolestrol), menstabilkan asid dan garam di badan,
membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata,
telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.
(Lihat juga kitab,
Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Ta'lik oleh Ridho 'Ayash, Darus As-Surur,
Bairut, Tahun 1420H, muka surat 725-727).
Kebaikan KHAL menurut
Ulama' Islam terkenal iaitu Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah (Tahun 691-751H) dalam
kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi Darul Kitab Al-'Arabi, Bairut 1410H, muka surat
233.
(Maksudnya) KHAL
bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih
hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya
ubat-ubatan (kesan sampingan daripada ubat yang pelbagai) yang boleh membawa
kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan
darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat untuk
masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem
perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah
sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul
dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan
membersihkan darah manusia (darah yang beracun).
Sekiranya kita membuka
kitab-kitab perubatan Islam, pada bab KHAL kita akan menemui satu catatan yang
sangat meluas tentang KHAL. Begitu juga hadis Nabi SAW sangat banyak yang
diucapkan sendiri oleh Rasulullah saw. Kami hanya memilih sebahagian sahaja daripada
hadis-hadis tersebut, di antaranya:
Hadis Pertama :
Hadis Pertama :
(Maksudnya) Imam
Muslim meriwayatkan dalam hadis shahihnya dari Jabir bin Abdullah rd,
bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan hidangan lauk kepada keluarga Baginda,
lalu mereka menjawab : "Kami tidak mempunyai apa-apapun melainkan
KHAL", lalu Baginda pun memintanya, lalu Baginda pun menyatakan:
"Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. Sebaik-baik hidangan adalah KHAL."
(Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Perhatian : Dalam
hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi perkataan (maksudnya) "sebaik-baik
hidangan adalah KHAL" diulang sebanyak 2 kali. Dalam kitab-kitab
perubatan Islam mereka mengatakan tentang penegasan atau suruhan yang penting
Rasulullah saw kepada umatnya memakan KHAL atas tujuan kesihatan tubuh badan
serta dapat mencegah daripada terjadinya pelbagai penyakit yang berkaitan.
Hadis Kedua :
(Maksudnya) Terdapat
dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said rd dari Nabi saw, "Sebaik-baik
hidangan adalah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu
adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan janganlah terputus KHAL
dalam suatu rumah."
(Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)
Perhatian : Kita dapat
lihat dalam hadis kedua di atas betapa besarnya saranan dan penegasan daripada
Rasulullah saw sendiri supaya kita menggunakan KHAL.
Pertama: Kita lihat
sendiri doa Rasulullah saw dalam hadis di atas iaitu (maksudnya) "Ya
Allah berkatilah pada KHAL". Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah
agar diberkati amalan meminum KHAL. Dapatlah kita memahami betapa pentingnya
KHAL untuk tubuh badan manusia sehingga didoakan oleh Baginda saw dan sudah
pastilah pula doa Rasulullah saw itu dimakbulkan Allah kerana Baginda adalah
hamba kekasih Allah.
Kedua: Hadis di atas,
ada menyebutkan perkataan Baginda saw (maksudnya)," Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi
terdahulu sebelum aku", satu penegasan
dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala
oleh para nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah
minuman para nabi yang sudah pasti menjadi "minuman kesihatan sunnah para
nabi-nabi" yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah,
keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Ketiga: Saranan atau
galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw, (maksudnya)
"dan janganlah terputus KHAL dalam suatu rumah", ini dapatlah kita fahami bahawa KHAL perlu
sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.
Perlu diambil
perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan penegasan dan galakan dari
Rasulullah saw. Meminum KHAL sudah tentu menjadi sunnah yang perlu diamalkan
kerana setiap daripada kata-kata Nabi adalah wahyu Allah dan Rasulullah tidak
akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah.
Firman Allah dalam al-Quran surah An-Najmu ayat 3 yang bermaksud,"dan
tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan
wahyu (Allah) yang diwahyukan." Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan
manusia serta rahsia kejadian insan ciptaan Allah, diberitahu melalui Nabi saw
untuk hambanya.
Hadis Ketiga:
(Maksudnya)
"Celupan yang paling disukai oleh Rasulullah saw ialah KHAL."
Maksud celupan ialah
makanan pertama yang dimakan sebelum memakan makanan yang seterusnya seperti
Rasulullah saw meletakkan garam dahulu di lidahnya sebelum memakan makanan yang
lain, begitu juga amalan Baginda terhadap KHAL.
Hadis Keempat :
(Maksudnya) Bersabda
Rasulullah saw, "Makanlah oleh kamu KHAL kerana ia dapat membunuh
bakteria-bakteria dalam perut."
(Hadis ketiga dan
keempat dia atas dapat dilihat dalam Kitab Perubatan Nabi oleh Muhsin Aqil
Darul Majjah Al-Baida', Bairut 1420H, muka surat 61, dan kitab Tibbul Aimmah,
oleh Assayyid Abdullah Syubbir, juzuk Awal, Maktab Alalfain, 1410H, muka surat
192-193)
No comments:
Post a Comment