February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Tuesday, February 28, 2012

Apa Itu Barokah-Berkat...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته 

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, kita selalu mendengar orang mengucapkan dan berdoa untuk mendapatkan keberkatan. Keberkatan dalam umur, keluarga, usaha, harta benda dan keberkatan lainnya. Bahkan, kerana begitu besar harapan kita untuk mendapatkan keberkatan, sehingga kita sentiasa saling mendoakan dengan mengucapkan:
السلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
 (Semoga ke atas kamu keselamatan/kesejahteraan, rahmat, dan keberkahan dari Allah).”
Doa agung dan indah ini, telah dijadikan sebagai ucapan salam ketika kita berjumpa dan berpisah. Hal ini adalah bukti nyata akan pentingnya peranan keberkatan dalam hidup kita. Akan tetapi, pernahkah kita bertanya: Apakah sebenarnya keberkatan itu? Dan bagaimana keberkahan dapat dicapai? dan dari mana pula datangnya berkat/berkah? Cuba kita menyelami maksud dan makna keberkatan/keberkahan itu. Dengan harapan, kita dapat menjadikan keberkatan dalam harta yang berhasil kita peroleh dengan usaha kita. Seemoga, harta tersebut, benar-benar berguna bagi kita dan juga anak keturunan kita. Bukan hanya di dunia, akan tetapi keberkatan harta kita dapat kita rasakan hingga kehidupan di akhirat kelak.Semoga Allah memberikan  keberkatan itu pada setiap usaha kita,  dan pada setiap akhir kerdipan mata kita. 

"Berkat" atau "al-barokah" bila kita pelajari dengan benar, sama ada melalui ilmu bahasa Arab atau melalui dalil-dalil al-Qur'an dan as-Sunnah, nescaya kita akan mendapatkan bahawa "al-barakah" memiliki makna dan pengertian yang sangat luas dan agung. Secara ilmu bahasa, "al-barakah" bererti "Berkembang, bertambah, dan kebahagiaan.” (Al-Faiyyumy, Al-Misbah al-Munir, ) Imam an-Nawawi   berkata, "Asal makna keberkahan ialah kebaikan yang banyak dan abadi." (Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 1/225)

Walaupun begitu maksudnya, kebaikan dan perkembangan tersebut tidak boleh hanya difahami dalam wujud yang nyata (atau fizikal), seperti jumlah harta yang sentiasa bertambah dan berlipat kali ganda dari sudut nilaian mata wang. Sebaliknya, kebaikan dan bertambahnya harta mungkin juga dapat dinilai dari aspek manfaat dan kegunaan harta tersebut, walaupun jumlahnya tidaklah banyak, tidak bertambah, dan tidak juga bernilai besar. Ini bermakna manfaatnya yang besar, ianya yang sangat membantu, dan mempunyai jasa yang besar. Walaupun tidak bernilai mahal dari sudut nilai wang ringgit.

Sebagai contoh , mungkin seseorang itu hanya memiliki sedikit dari harta benda,  tetapi kerana harta itu penuh dengan keberkahan, maka ia terhindar dari pelbagai bentuk mara bahaya, penyakit, dan hidupnya dalam keadaan  tenteramdan merasa cukup. Tetapi sebaliknya, mungkin  seseorang itu hartanya melimpah-ruah, tetapi kerana tidak diberkahi Allah, hartanya tersebut menjadi sumber bencana, penyakit, dan bahkan mungkin ia tidak dapat manfaat yang baik dari harta tersebut.

Ini mungkin dapat lebih jelas lagi sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis di mana Ketika Nabi  menceritakan tentang pelbagai kejadian yang mendahului kebangkitan menjelangnya hari Kiamat, beliau bersabda:

ثُمَّ يُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، وَرُدِّي بَرَكَتَكِ، فَيَوْمَئِذٍ تَأْكُلُ الْعِصَابَةُ مِنَ الرُّمَّانَةِ، وَيَسْتَظِلُّونَ بِقِحْفِهَا، وَيُبَارَكُ فِي الرِّسْلِ، حَتَّى أَنَّ اللِّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الْفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ لَتَكْفِي الْقَبِيلَةَ مِنَ النَّاسِ وَاللِّقْحَةَ مِنَ الْغَنَمِ لَتَكْفِي الْفَخِذَ مِنَ النَّاسِ

“Akan diperintahkan (oleh Allah) kepada bumi: Tumbuhkanlah buah-buahanmu, dan kembalikan keberkahanmu, maka pada masa itu, sekelompok orang akan merasa cukup (menjadi kenyang) dengan memakan sebiji buah delima, dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Dan air susu diberkahi, sehingga sekali perahan dari seekor unta dapat mencukupi keperluan ramai orang, dan sekali perahan susu seekor lembu dapat mencukupi manusia seramai satu kabilah, dan sekali perahan dari susu seekor kambing dapat mencukupi satu cabang kabilah.” (Shahih Muslim, no. 2937. )

Demikianlah ketika rezeki benar-benar diberkahi Allah, mungkin  rezeki yang dikurniakan itu dalam bentuk yang sedikit atau jumlahnya,  tetapi manfaatnya amatlah besar, sehingga sebiji buah delima mampu mengenyangkan sekelompok manusia, dan susu hasil perahan seekor lembu mampu mencukupi keperluan orang-orang seramai satu kabilah. Imam Ibnul Qayyim  berkata, “Bukanlah kelapangan rezeki dan amalan diukur dengan jumlahnya yang banyak, bukan juga panjangnya umur dilihat dari panjangnya bulan dan tahunnya. Akan tetapi, kelapangan rezeki dan umur diukur dengan keberkahannya.” (Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibnu Qayyim, m/s. 56) 

Saudara yang dirahmati Allah sekelian , mari kita selami dan telusurilah rahsia keberkahan didalan harta dan umur kita yang sementara ini ,semoga ianya benar-benar  dalam meraih keberkahan dari Allah.Semoga harta dan anak keturunan tidak tidak menjadikan kita terseksa didunia lebih lagi diakhirat kelak seperti firman Allah.  

فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ 
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.At-Taubah 55


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

No comments:

Post a Comment