السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa Hari Jumaat. .
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ
وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya الله, 👏
janganlah Engkau sibukkan diri kami dan
lalaikan kami dengan dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan
dosa dan kesalahan kami kepada Mu Ya الله.
Ya الله, 👏berikan
kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu
yang beriman dan bertaqwa.
Ya الله, 👏terima
kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan
kepada kami hari ini.
Ya الله, 👏jadikanlah
hari ini penuh semangat, dimudahkan rezeki, kesihatan yang baik, mendapat ilmu
yang bermanafaat dan terlepas dari segala kesulitan.
Ya الله, 👏ampunkanlah
dosa dosa kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa
dekat dengan Mu Ya Allah.
Ya الله, 👏kami
memohon ke pada Mu kebaikan, kemenangan, pertolongan, cahaya, keberkatan dan
petunjuk hari ini dan selama-lamanya.
Ya الله, 👏permudahkanlah
segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang
bahagia.
Ya الله, 👏tanamkanlah
perasaan kasih sayang kami kepada sahabat kami dan tanamkan perasaan kasih
sayang mereka kepada kami dan semoga hubungan saliturrahim antara kami
senentiasa teguh.
Ya الله, 👏kami
berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah
keluarga kami dan luaskanlah rezeki kami
dan moga segala urusan kami dipermudahkan.
Ya الله, 👏kabulkanlah
cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji,
berkata kasar dan jauhkan kami dari segala Musibah
Ya الله, 👏terimalah
semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.
Ya الله, 👏perbanyakkanlah
sedekah kami, solat kami, semoga kami
bebas dari seksa kubur.
Ya الله, 👏tutuplah
aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.
Ya الله, 👏peliharalah
kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang
mashyar.
Ya الله,
sesungguhnya Engkalulah yang
menetapkan rezeki kami, Engkau
lapangkanlah kami. Ya Allah, 👏
janganlah kami tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Ya Allah, Ya Rahman, 👏berilah kami ketakwaan dalam mencari rezeki.
Ya الله, Ya Rahman, 👏tunjukkan
kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami
melakukannya dan Ya الله, Ya Azizz..👏
Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil
itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami tidak melakukannya..
اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ
صَغِيْرَا.
“Alloohummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama
rabbayaanii shagiiraa”.
Artinya : “Wahai
Tuhan kami, ampunilah kami dan Ibu Bapa kami, sayangilah mereka seperti mereka
telah menyayangi kami di waktu kecil dahulu”
dan َYa الله, 👏kami
memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa
di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya الله, Ya
Ghaffar 👏 ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa
kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami,
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka
berada, samada yg masih ada hidup atau telah meninggal dunia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya الله,
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا
وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ
حَسَنَةً و َقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
No comments:
Post a Comment