February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Wednesday, September 12, 2012

Makanan Sunnah

Nabi SAW pernah bersabda:”Barang siapa yang mengikuti sunnahku,bererti dia cinta padaku,dan barang siapa yang cinta padaku,maka akan masuk surga bersamaku”

Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram".
Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini, iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul 'alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.
Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah". (Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

No comments:

Post a Comment