السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Memang ada keterangan daripada hadis menunjukkan bahawa syurga ada pasar. Akan tetapi pasar syurga itu bukanlah tempatberjual beli. Pasar syurga adalah tempat pertemuan dan perkenalan ahli syurga. Di sana mereka saling bercerita mengenai kehidupansemasa di dunia sehingga memperoleh kenikmatan syurga yang abadi.
Imam at-Tirmizi meriwayatkan daripada Said bin Musayyab yang bermaksud: Bahawa sesungguhnya ia (Ibnu Musayyab) bertemudengan Abu Hurairah pada suatu hari. Maka Abu Hurairah berkata kepadanya: Aku mohon kepada Allah untuk dikumpulkan-Nyaantara aku dan engkau di pasar syurga. Maka berkatalah Said: Apakah di Syurga ada pasar? Jawabnya: Ya, ada.
Dalam riwayat yang lain pula menyebut (yang bermaksud): Sesungguhnya dalam syurga itu ada pasar yang tidak ada padanya jualbeli. Akan tetapi apabila sampai ahli syurga di dalamnya, duduklah mereka bersandar di atas mutiara lembut dan tanah dari kasturi.Ketika itu mereka saling berkenalan dalam syurga seperti mereka di dunia. Mereka saling menyebut mengenai ibadat merekaterhadap Tuhan dan bagaimana keadaan mereka menghidupkan malam dengan sembahyang dan berpuasa pada siang hari.Bagaimana kefakiran di dunia serta kekayaannya dan bagaimana keadaannya mati.

Begitulah keadaan pasar di syurga berbeza dengan pasar di dunia. Ahli syurga bertemu di pasar itu pada Jumaat dan keadaanpenghuni syurga semakin hari semakin cantik. Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yangbermaksud): Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yangmenerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: Demi Allah kamusemakin cantik. Mereka menjawab: Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi.
Hakikatnya syurga adalah tempat nikmat yang kekal. Penghuninya memperoleh kemuncak nikmat yang tidak dapat dibayangkan.Untuk memperoleh syurga Allah bukanlah suatu yang mudah sebagaimana yang disangka sebahagian orang dengan hanya semata-mata mengakui beriman seperti yang diwarisi oleh datuk nenek.
Juga semata-mata mengerjakan amal ibadat seperti gerak geri sembahyang, menahan dari makan dan minum pada Ramadan, bolehmendapat balasan baik. Padahal hatinya penuh dengan hasad dengki, perasaan dendam, riak, takbur, mulutnya tidak putus-putusberdusta, mengumpat dan membuat fitnah, dan sikapnya memperhambakan diri kepada apa saja yang boleh memenuhi kemahuannafsunya.
Sesiapa yang demikian keadaannya, jauh sekali memperoleh balasan baik untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan denganiman yang sebenar-benarnya serta amal ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan bersih dari maksiat zahir dan batin.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 7 dan 8
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْHakikatnya syurga adalah tempat nikmat yang kekal. Penghuninya memperoleh kemuncak nikmat yang tidak dapat dibayangkan.Untuk memperoleh syurga Allah bukanlah suatu yang mudah sebagaimana yang disangka sebahagian orang dengan hanya semata-mata mengakui beriman seperti yang diwarisi oleh datuk nenek.
Juga semata-mata mengerjakan amal ibadat seperti gerak geri sembahyang, menahan dari makan dan minum pada Ramadan, bolehmendapat balasan baik. Padahal hatinya penuh dengan hasad dengki, perasaan dendam, riak, takbur, mulutnya tidak putus-putusberdusta, mengumpat dan membuat fitnah, dan sikapnya memperhambakan diri kepada apa saja yang boleh memenuhi kemahuannafsunya.
Sesiapa yang demikian keadaannya, jauh sekali memperoleh balasan baik untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan denganiman yang sebenar-benarnya serta amal ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, ikhlas dan bersih dari maksiat zahir dan batin.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 7 dan 8
وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialahSyurga Adn (tempat tinggal yang tetap) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untukorang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment