السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sungguh, manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur. Menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur-unsur keserabutan duniawi. Tekanan yang dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan ’sentuhan manusiawi’ terhadap sesamanya. Apabila orang lain merasa tidak seronok dengan ’ganasnya hati dan tingkah laku kita’ maka sebenarnya kita telah berada dalam keadaan iman yang mencorot ke peringkat terendah dalam cartanya.
Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di alam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum muslimin namun setelah habis ibadatnya itu dia kembali menyakiti orang-orang di sekelilingnya. Puasanya panjang setiap Ramadan namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa. Haji dan umrahnya setiap tahun berulang tetapi rezeki yang dibawa ke Tanah Suci itu adalah hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya. Apakah orang seperti ini akan merasai kenikmatan ketika dia beribadah?
Tanda-tanda kekerasan hati sesungguhnya boleh difahami melalui tafakur yang mendalam terhadap keperibadian diri kita yang sebenar. Tidak dinafikan juga perlunya khidmat nasihat orang lain yang mahu memberi komen yang ikhlas walaupun pahit untuk didengar. Tetapi jarang manusia yang mengamalkan dua petua itu, tafakur dan dengar nasihat. Padahal kedua-duanya sama-sama penting untuk mematangkan iman seseorang.
Di dalam tafakur kita hanya memikirkan tentang hubungan kita dengan Allah SWT. Orang yang bertafakur cuba menjawab persoalan-persoalan yang menyentuh jiwa kemanusiaannya. Seperti hendak menilai tentang ’siapakah aku?’ di sisi Allah dan di tengah-tengah umat manusia?
Siapakah diri yang yang berada pada jasadku ini? Seorang wanita pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah RA, mengapa hatiku keras dan jiwaku tidak tenang? Aisyah berkata: ”Perbanyaklah mengingati mati, ia boleh melembutkan hati.” Ubat bagi kekerasan hati adalah membuang setiap ego dan kekuatan yang dimiliki dan sentiasa ingat kepada kemusnahan dan kelemahan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.
Orang yang keras hati merasa dirinya tak perlukan orang lain, hartanya boleh menjamin kebahagiaan, pangkat membuatnya rasa aman dan selamat. Sehingga dia tidak berasa takut menzalimi dan menindas sesiapa sahaja yang tak penting bagi dirinya. Tetapi dia lupa ada yang lebih kuat dan berkuasa berbanding harta dan pangkatnya itu. Tidak ingatkah dia kepada Tuhannya? Yang memberi segala-gala kepada dirinya dan akan mengambil kembali kesemuanya itu? Firman Allah SWT telah mengingatkan kita tentang ’kuasa hebatNya’ :
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَعَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
yang bermaksud;
”Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Pada genggaman tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran ayat: 26)
Ayat ini boleh membantu melembutkan hati ketika kita bertafakur. Ia mengandungi mesej yang begitu mendalam. Tentang kelemahan kita dan kekuatan Allah SWT. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan itu hanya dapat dirasai nikmatnya dengan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah sambil berbuat kebaikan di tengah umat manusia. Kekerasan hati boleh membunuh iman secara perlahan-lahan. Tanda-tanda awalnya boleh dirasa, iaitu ketika manusia berasa kuat dan hebat hingga menolak yang haq dan suka mengikut yang batil. Kemudian taat pada perintah nafsu dan gelojoh memuaskan keinginannya, jauh dari ilmu dan cahaya iman, lupakan akhirat dan akhirnya lari dari Allah SWT, bahkan berlagak hebat melebihi kekuasaan Tuhan.
Allah SWT telah mengingatkan mereka yang memiliki hati sekeras batu menerusi firman-Nya :
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الأنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَyang bermaksud:
”Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah ayat: 74)
Sedangkan batu boleh pecah terbelah kerana takut kepada Allah, di samping itu manusia mendapat manfaat daripadanya. Mengapa si keras hati tidak memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT supaya hatinya lembut dan tunduk? Hati yang keras dapat diubati dengan tafakur menilai diri sambil mengingati Allah SWT. Tidak cukup setakat itu sahaja, bahkan kita juga memerlukan tunjuk ajar dan nasihat orang lain untuk menyelongkar ke dasar hati siapakah diri kita sebenar menurut persfektif insan di sekeliling kita.
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلى أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:
Post a Comment