February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Monday, October 7, 2013

Kita Sebagai Peminta!

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Kita sering memanjatkan doa dan meminta kepada Sang Pencipta, Sang Pemberi Rezeki-Allah Swt, dengan segala macam permintaan dan hajat. Samada dikala waktu terluang mahupun dikala kesempitan, pada setiap ketika dan saatnya. Firman Allah:
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلا مَا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).An Naml 62

Disaat sesudah selesainya solat mahupun disaat kita memharapkan rahmat dan pertolongannya. Itulah kita, tanpa mengira siapa kita, apa kedudukan, pangkat, harta, darjat dan kemahuan, kita tetap meminta kepadaNya.
وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
"dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang saleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari karunia-Nya. Dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras".Asy Syuura 26

Itulah tanda kita memerlukanNya. Samada kita telah punya harta yang banyak, telah punya gelaran pelbagai, samada kita seorang Datuk Seri, Tan Sri, Datuk atau Dato', mahupun Tun atau seorang professor sekalipun, kita tetap meminta, walau kereta kita berjenama Mercedes, Audi, BMW, Volkswagen GTI, Lexus, dan segala macam lagi, walau isteri kita secantik artis, secantik bidadari, mahupun seburuk namanya, akhirnya, hakikat yang tidak boleh kita nafikan, kita tetap juga meminta kepadaNya.

Apakah pula bezanya mereka yang berpangkat dengan tiada pangkat? Atau mereka yang punya gelaran apa apa sekalipun atau tiada gelaran, hatta nama pun tiada dan yang tinggal ialah gelaran yang diberi oleh orang ramai "Sipengemis Buta!". Itu mungkin kata kata yang keluar dari mulut kita sendiri terhadap mereka yang serba kekurangan atau berbagai gelaran 'menghina' kepada sesiapa susuk sekalipun yang berada dalam keadaan sedemikian, akhirnya kita tetap meminta kepadaNya.

Namun, adakah kita sedari bahawa, hakikatnya yang kita tidak boleh nafikan, Kita Seorang Peminta, apatah lagi jika kita tiada punya apa-apa, hatta untuk sesuap nasi sekalipun, kita akan meminta kepadaNya, samada permintaan itu wujud dalam bentuk doa, hajat dan seruan kepadaNya dalam kaedah apa sekalipun.

Saudara saudari sekalian, cuba fikirkan, tidakkah kita menyedari bahawa Kita Seorang Peminta (cuba fikirkan)!

Tidakkah perbuatan meminta itu menunjukkan betapa lemahnya kita manusia. Justeru, siapakah kita yang beranggapan lebih baik dari si peminta sedekah, mereka yang memerlukan, mereka yang miskin dan papa, lalu memandang rendah kepada mereka yang tidak bernasib baik itu semua disepanjang kehidupan kita hari ini.Firma Allah:
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
"Kami lah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta."Fushshilat-31

Kita punya pandangan penuh hina dan sepi kepada mereka yang miskin, fakir dan susah dan menganggap bahawa mereka semua 'malas berusaha', 'kurang berusaha' berbanding kita, tidakkah itu sifat 'bangga diri yang melampau' dengan menganggap apa yang dikecapi pada hari ini, samada kemewahan, harta dan wang yang banyak, pangkat darjat dan harta, malah ada juga yang begitu angkuh dengan 'pengalaman' nya sendiri dan menidakkan orang lain.

Apa yang membezakan kita dengan mereka semua sedangkan kita juga meminta. Tidakkah permintaan kita itu juga berupa permintaan yang serupa seperti mana orang lain jua! Jadi mengapa kita beranggapan bahawa Allah swt akan melebihkan kita berbanding dengan orang lain atau mendahulukan kita berbanding orang sedangkan kita tidak mendahulukan Dia (perintah dan larangan) dalam urusan kehidupan kita? Insafilah diri kita yang juga peminta....

Doa Masuk Syurga Dari Mana-mana Pintu yang Dikehendaki

Terdapat satu amalan yang teramat mudah namun dijanjikan dengan dapat memasuki syurga dari mana-mana pintu yang disukai. Apakah amalan tersebut? Amalannya ialah membaca doa selepas berwuduk. Memang mudah bukan?. Apakah dalilnya?.
Dari ibn Umar r.a bahawa sabda rasulullah saw :

ما منكم من أحد يتوضأ فيبلغ ( أو فيسبغ ) الوضوء ثم يقول : أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبد الله ورسوله ، إلا فتحت له أبواب الجنة الثمانية ، يدخل من أيها شاء " . وفي رواية : فذكر مثله غير أنه قال " من توضأ فقال : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله "

Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudu’, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berkata 
أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبد الله ورسوله melainkan dibuka untuknya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki. Dalam riwayat yang lain: sekiranya dibaca : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
( Imam Muslim)

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment