السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Sememangnya lumrah dunia ini begitu, segalanya berputar dan berpusing ibarat roda. Musimnya sentiasa silih berganti. Angin pun bukan sentiasa bertiup ke Utara, adakalanya akan bertukar arah ke Selatan, Barat mahupun Timur. Apatah lagi manusia yang mempunyai Iman yang rapuh, pancaroba dunia ini lebih bijak memanipulasi perasaan kita berbanding kita sendiri yang diberi akal ini.
Apakah kita boleh mendapat nikmat kesenangan kalau tiada ujian dan cabaran. Kebahagiaan itu menjadi fitrah manusia untuk sentiasa dan cuba mendapatkannya, tetapi harga yang perlu dibayar adalah mahal. Ibarat sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Bukan senang untuk kita merasai nikmat Iman dan Islam ini kalau tanpa Rasulullah S.A.W. berusaha gigih sehingga sanggup berkorban jiwa raganya. Maka mengapa kita tidak mengambil iktibar daripadanya untuk diaplikasikan sepanjang hidup kita ?Cuba fikirkan perkara berikut.
Kita sering mengeluh bosan mendepani masalah hidup yang tiada pengakhiran. Jemu dengan usaha yang awalnya bertunjangkan segunung harapan namun berputus asa dengan kegigihan yang tiada keberhasilan. Akhirnya kita duduk termanggu di pinggiran merenung hari-hari mendatang yang akan dijalani dengan kemurungan.Firman Allah
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِSememangnya lumrah dunia ini begitu, segalanya berputar dan berpusing ibarat roda. Musimnya sentiasa silih berganti. Angin pun bukan sentiasa bertiup ke Utara, adakalanya akan bertukar arah ke Selatan, Barat mahupun Timur. Apatah lagi manusia yang mempunyai Iman yang rapuh, pancaroba dunia ini lebih bijak memanipulasi perasaan kita berbanding kita sendiri yang diberi akal ini.
Apakah kita boleh mendapat nikmat kesenangan kalau tiada ujian dan cabaran. Kebahagiaan itu menjadi fitrah manusia untuk sentiasa dan cuba mendapatkannya, tetapi harga yang perlu dibayar adalah mahal. Ibarat sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Bukan senang untuk kita merasai nikmat Iman dan Islam ini kalau tanpa Rasulullah S.A.W. berusaha gigih sehingga sanggup berkorban jiwa raganya. Maka mengapa kita tidak mengambil iktibar daripadanya untuk diaplikasikan sepanjang hidup kita ?Cuba fikirkan perkara berikut.
Kita sering mengeluh bosan mendepani masalah hidup yang tiada pengakhiran. Jemu dengan usaha yang awalnya bertunjangkan segunung harapan namun berputus asa dengan kegigihan yang tiada keberhasilan. Akhirnya kita duduk termanggu di pinggiran merenung hari-hari mendatang yang akan dijalani dengan kemurungan.Firman Allah
"Nikmat mana lagikah yang hendak kau dustakan."Surah Ar-Rahman-18
Kita banyak mengeluh dengan ujian yang Allah bagi tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat Allah!
Mengapa perlu berasa lemah dan kecewa? Tidak cukupkah segala nikmat yang Allah bagi di dunia ini sehinggakan masalah yang sangat kecil pun kita berat hendak menanggung. Ya! Masalah yang kita hadapi sangat-sangatlah kecil kalau hendak dibandingkan dengan kurniaan Allah yang kita dapat dari kecil hingga sekarang. Namun manusia ini tidak sedar dan kurang bersyukur.

Firman Allah:
"Dan kami menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagi kamu. Namun sangat sedikit daripada kamu yang bersyukur."Surah as-Sajadah-14
Tahukah kita faktor yang menjatuhkan dan memburukkan pandangan kita terhadap hidup adalah kerana kurangnya rasa syukur?Tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri! Sesetengah daripada kita tahu bahawa ujian ini daripada Allah yang tinggi dengan sifat rahmat-Nya tapi tetap menyalahkan keadaan atau manusia lain. Mengapa perlu begitu?
Jelaslah hati kita masih belum cukup sempurna mengenal Allah dan kehidupan yang diciptakan oleh-Nya untuk kita. Kita yang hendak menyakitkan hati kita mengapa ?
Dan kadang-kala kita yang tidak adil kerana salah meletakkan perasaan atas sesuatu perkara. Itu juga membuatkan kita rasa lemah kerana hakikatnya kita yang tidak faham keadaan diri kita sendiri.
Di manakah kita letakkan perasaan gembira? Terhadap hiburan yang melalaikan? bukankah patut berasa sedih kerana lupa kepada Allah!
Di manakah kita letakkan perasaan sedih? Terhadap masalah dan ujian yang menimpa... bukankah patut ada rasa secebis kegembiraan di hati kita kerana masih berasa Allah masih sayangkan kita dan tidak biar kita hanyut dalam dunia yang dusta.
Di manakah kita letakkan perasaan sayang? Terhadap harta, manusia, dan segala yang kita miliki dan kita tidak sanggup kehilangannya... bukankah kita patut sayang kepada amal ibadat kita yang akan menjadi harta berharga kita di akhirat sana.

Doa Nabi Ibrahim
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءَ. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ.
Duhai Tuhaku, jadikan aku dan keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan shalat. Duhai Tuhan kami terimalah doaku. Duhai Tuhan kami, ampuni aku dan kedua orang tuaku serta orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat). (Ibrahim/40-41)
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Muhasabahlah diri kita. Fikirkan di manakah kita sekarang..
No comments:
Post a Comment