السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Suatu hari, tiba-tiba Allah Taala menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita gagah mencari dan bertanya; Apakah salah dan dosa yang telah kita lakukan? Mengapa begitu susah untuk menenteramkan hati dengan berperasangka baik kepada Allah Taala? Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bahawa bala dan ujian itu akan Allah Taala balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang telah hilang di tangan anda. Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT dalam setiap pilihan-Nya? Manusia berkata dalam hati: ”Alangkah eloknya jika begini dan begini.” Adakah manusia itu mengetahui sepertimana Allah SWT Maha Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naifnya manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Al-An'am59. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)"
Umar bin al-Khattab RA pernah merasa berputus asa ketika kemenangan Islam tak jua muncul. Padahal di sisi beliau ada Rasulullah SAW, kekasih Allah SWT. Rasa putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri. Rasa putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Manakala rasa putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri. Umar meratap sedih: ”Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar?” Rasulullah SAW menguatkan semangat sahabatnya: ”Sesungguhnya Aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku.”
Kata-kata nabi ini sudah sepatutnya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah Taala. Jika kita mahu menelusuri selok belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat kita menjadi lebih kebal. Tak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi. Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah kepada mereka yang telah berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Sudah menjadi sunnatullah hidup ini penuh onak dan duri. Allah Taala menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qadak dan qadarnya.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karatnya dan tinggal yang baiknya saja.”
Meminjam kata-kata seorang yang beriman dan soleh: ”Setiap kali aku ditimpa ujian didunia, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Al-Baqarah 153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Sepertimana kata-kata Urwah bin al-Zubair RA saat menghadapi sakit dan kematian anak lelakinya: ”Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau telah memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.”
Setelah diasak dugaan barulah manusia sedar bahawa dirinya amat lemah dan tidak berdaya. Itulah hikmah sebenar mengapa Allah SWT menguji, supaya tumbuh jiwa hamba pada diri kita. Agar tiada rasa ego yang melampau dan menganggap akulah yang kuat lalu menzalimi orang lain. Kerana ada Yang Maha Kuasa yang serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yang dimiliki. Oleh itu sudah sepatutnya manusia berwaspada apabila dia rasa selesa dengan kenikmatan saja tanpa merasa diuji dengan bala dan musibah. Sebab begitulah tanda-tanda orang yang lalai hatinya dari mengingati Allah SWT. Sentiasa aman dan selesa padahal dia melakukan kejahatan.
Firman Allah Taala
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالاًالَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعاً
yang bermaksud: ”Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira bahawa perbuatannya itu adalah kebaikan.” (Surah Al-Kahfi: 103-104)
Manusia hanya boleh merancang, Allah SWT jua yang menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah SWT membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya. Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala yang lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWT dengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah Taala ke atas diri kita.Mudh-mudahan kit kan sentiasa bersabar denagn ujian yng diberikan oleh Allah kepada kita setelah kita berusaha sebaik mungkin didalam mengharungi kehidupan ini. Sebagaimana janji Allah didalam firmanya:
مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
An-Nahl 96. Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
الَّذِينَ صَبَرُواْ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
An-Nahl 42. (yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.
حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Cukuplah Allah bagiku. tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".At-Taubah
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan penmusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:
Post a Comment