February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Sunday, November 24, 2013

Yakinlah Dengan Janji-janji Allah

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Satu kisah yang patut dijadikan contoh didalam kehidupan seorang mukmin . Pada suatu ketika yang lalu, terdapat seorang lelaki beriman yang soleh. Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran. Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara. Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang, riang dan gembira. Dia bertanya penuh kehairanan. Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit. Dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi? Mukmin yang soleh pun menjawab :
“Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan. Ubat itulah yang menjadikan aku seperti yang awak lihat.” Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya. “Apakah ubat yang awak ambil dan apakah ramuannya?”

Mukmin soleh itu pun menjawab :
Ramuan Pertama : Aku yakin kepada Allah. Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku. Aku yakin apa yang ditentukannyaa itu yang lebih baik untukku. Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik.

Ramuan Kedua : Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana. Tiada siapa dapat lari darinya. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapannya. Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah, tidak merintih dan menyesalinya.

Ramuan Ketiga: Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah.Kejayaan didalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah. Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik samaada di dunia dan akhirat. Dengan itu aku tidak di himpit kerisauan dan keluh kesah.

Ramuan Keempat : Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedehan, kerisawan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena, makan tak selera dan ibadah tak bahagia.

Ramuan Kelima : Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang. Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini Bukankah pepatah ada menyebut ‘sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya’.

Ramuan Keenam : Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku. Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan, kefasikan atau kekufuran. Adapun musibah yang lain daripada itu, sama ada terhadap harta, anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja. Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya. Lantaran itu Rasulullah s.a.w. berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami”

Ramuan Ketujuh : Dan yang akhir, sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah. Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil.

Firman Allah 
وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا 
yang bermaksud “…Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman…” (Surah Ali- Imran ayat 140)

Sahabat yang dikasihi,
Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah . Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugrahkan Allah kepadanya.

Firman Allah  
مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُyang bermaksud : “Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia, maka tidak ada yang akan dapat menahannya. Dan apa-apa yang ditahan-Nya, maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu. Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.Fathir-2

Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kita perlulah yakin kepada Allah, beriman sepenuhnya kepada Allah, pegangan yang mantap, kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap ke Esaan Allah, yakin sepenuhnya terhadap kekuasaannya, kekuatannya, keagongannya dan kebijaksanaannya.  Hidayahnya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk.Tidak ada lagi selain daripada petunjuknya kecuali kesesatan. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah, Allah akan memeliharanya. Sesiapa yang bertawakal kepadanya, sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba. Setiap apa yang ditakdirkan olehnya itulah yang terbaik. Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim.

Masih dalam suasana Aidil Fitri (24 Syawal). Sambil bermaafan ucapkan juga doa-doa sesama kita semoga kita terampun dosa sesama kita dan mendapat pengampunan Allah serta diterima segala amalan terutamanya dibulan Ramadhan yang telah berlalu.

تقَبلَ اللهُ منا ومنكم
TaqabbalAllahu Minna Waminqum 
"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu"

كل عام وأنتم بخير
Qullu Aamin Waantum Bikhoir
"Semoga kamu sentiasa didalam kebaikan setiap masa"


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment