Mak bapak kita yang melahir dan menjaga kita tak mampu
nak sayang kita macam Rasulullah sayangkan kita.
Pasangan kita yang katanya nak sehidup semati pun takkan
mampu saingi sayang Rasullullah pada kita.
Tau tak macamana sayangnya Rasulullah saw pada kita?
Nanti di Padang Mahsyar, hari di mana semua orang sibuk
uruskan diri sendiri, tak pedulikan orang lain.
Hari ketika seorang ayah lari dari anak.
Suami lari dari isterinya.
Anak lari dari ibubapanya.
Kawan lari dari kawannya.
Malah semua para Anbiya' pun tak pedulikan antara satu
sama lain.
Hanya seorang saja yang sibuk kehulu kehilir mencari
umatnya, iaitu Muhammad saw.
Dikatakan nanti di Padang Mahsyar, Rasulullah akan sibuk
ke sana sini bertanya "Siapa kamu?"
"Umat Muhammad"
"Sini..sini.. kemari"
Rasulullah saw kumpulkan semua umatnya, kemudian nanti
Baginda akan sujud pada Allah dengan sujud yang sangat lama sehingga Allah
berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan
beri".
Rasulullah saw berkata "Ya Allah. Aku takkan bangkit
dari sujud sehingga Kau beri apa yang aku minta".
Allah menjawab "Minta".
Rasullullah saw "Ya Allah. Berikan aku kesempatan
untuk bagi umatku minum. Mereka kehausan Ya Allah di bawah terik
matahari".
Allah berkata "Ya Muhammad, Ini telaga Al-Kautsar.
Berilah mereka minum".
Rasulullah segera memberi minum kepada semua umatnya.
Sehinggakan Fatimah pernah berkata "Ya Rasulullah,
sekiranya nanti aku ingin bertemu denganMu, di mana harus aku jumpa"
Rasulullah saw berpesan "Pergilah ke telaga
Al-Kautsar. Aku sedang memberi minum pada umatku"
Dengan anaknya pun Baginda tak berjumpa, tapi Baginda nak
jumpa dulu umatnya.
Sedangkan Rasulullah saw dah dijamin ke syurga tapi dia
tak mahu masuk selagi umatnya tak masuk.
Setelah memberi minum, Rasulullah saw sujud lagi dengan
sujud yang lama sambil menangis, sehingga Allah berkata "Ya Muhammad.
Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
"Ya Allah, selamatkan umatku dari sirat"
Allah berkata "Tunggulah mereka di hujung
sirat"
Rasulullah saw menunggu di hujung sirat sambil menyebut
"Allahumma salim salim. Allahumma salim salim (Ya Allah selamatkan,
selamatkan)"
Yang banyak amal, lepas.
Ada juga yang jatuh ke dalam neraka.
Bila Rasulullah saw tau ada umatnya masih ramai dalam
neraka, Baginda sujud lagi sambil memohon "Ya Allah selamatkan umatku yang
ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji kurma"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan
umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji
jagung"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan
umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji
sawi"
Lalu Allah keluarkan umatnya.
Rasulullah saw jemput semua masuk ke dalam syurga.
Tapi ada lagi dalam neraka.
Rasulullah sujud lagi dengan sujud yang sangat lama.
Allah berkata "Apa lagi Muhammad. Bukan kah aku
sudah menyelamatkan ramai umatmu?"
Rasulullah sambil menangis berkata "Ya Allah. Demi
kasih sayang yang Kau miliki. Selamatkanlah umatku yang tidak ada amal tapi
mereka mengucapkan La Ilaha Ilaallah".
Allah perkenankan.
Rasulullah saw berlari ke neraka dan berkata
"Umatku, sebutlah La Ilaha Illallah. Aku akan selamatkan kamu".
Dasyatnya sayang Rasulullah pada umatnya.
Dia hanya membukakan pintu syurga untuk umatnya sedangkan
dia tak masuk lagi ke dalam.
Takkan ada sesiapa boleh sayang kita sedalam itu.
Bukan ibubapa. Bukan pasangan. Hanya Rasulullah.
Sedangkan Rasulullah saw tak kenal kita. Dan kita
berselawat pada dia pun malas.
Rasulullah tak minta "Ya Allah selamatkan umatku
yang berselawat banyak padaku".
Tak, dia tak mintak yang tu.
Yang tak ada amal pun dia selamatkan, yang penting itu
umatnya.
Pernah Rasulullah tanya kepada sahabat siapa yang paling
Allah cintai, kemudian dijawab oleh para sahabat "Kami, sahabatmu yang
dicintai Allah"
Rasulullah jawab "Kamu sahabat-sahabatku, sudah tentu
Allah cintakan kamu. Tapi ada yang lebih Allah cintai. Mereka datang setelah
kamu tiada. Mereka tidak pernah menyaksikan mukjizatku seperti kamu, tapi
mereka beriman kepadaku. Allah mencintai mereka lebih dari kamu. Mereka adalah
umatku. Allah sayangkan mereka kerana umatku adalah keluargaku".
Kita ni dianggap oleh Rasulullah saw sebagai keluarganya.
Padahal Rasulullah saw tau tak semua di kalangan kita
setia pada dia.
Baginda rela seluruh hidupnya berdepan dengan kesusahan
agar hidayah sampai kepada kita.
Tak ada siapa yang sanggup dihina, dicela, dilempar
najis, habis harta sebab sayangkan kita agar dakwah dan hidayah ini sampai,
melainkan Rasulullah saw.
Lepas habis baca ni, berhenti sekajap dari buat apa-apa.
Selawatlah.
No comments:
Post a Comment