Wang Syiling Jatuh Di Hadapan Seorang Lelaki Yg Sedang
Asyik Mambancuh Simen. Melihat Logam Kecil Itu,Tangan Lelaki Itu Terhenti
Melakukan Kerja.
Tidak Menunggu Lama, Tangannya Segera Mengutip Syiling
Itu Dan Dimasukkan Ke Dalam Poketnya.
Dia Menyambung Semula Kerjanya. Sekali Lagi Lelaki Itu
Terpandang Duit Syiling Tidak Jauh Dari Sisinya. Lelaki Itu Menoleh Ke Kiri,
Kanan Dan Sekelilingnya.Tiada Siapa Yang Berdekatan Dengannya. Sekali Lagi Dia
Terus Mengambil Syiling Itu Dan Menyimpan Dalam Koceknya.
Tidak Lama Kemudian, Lelaki Itu Ternampak Lagi Duit
Syiling Berdekatan Dengannya. Pun Sama, Dia Mengambil Dan Menyimpannya.
"Rezeki Aku !" Kata Lelaki Itu Dalam Hati.
Lelaki Itu Tidak Sedar, Logam Syiling Itu Sebenarnya
Dicampakkan Oleh Ketuanya Dari Aras Lapan Bangunan Separuh Siap Yang Mereka
Bina Itu. Sebenarnya, Ketuanya Mahu Memanggilnya. Puas Ketuanya Menjerit
Daripada Aras Lapan, Cuba Memanggil Lelaki Itu Yg Berada Pada Aras Paling
Bawah.
Namun, Jeritan Itu
Tidak Mampu Mengalahkan Pelbagai Bunyian Mesin Pembinaan Di Kawasan Tersebut.
Dek Kerana Itulah, Ketuanya Itu Mencampakkan Syilingnya Dengan Harapan Lelaki
Itu Akan Mendongak Melihatnya Di Atas. Mudah-Mudahan Dapatlah Dia Menyampaikan
Pesanannya Kepada Pekerjanya Itu.
Sayangnya, Sehingga Habis Wang Syilingnya Dibaling Ke
Bawah, Lelaki Itu Masih Belum Jugak Mendongak Ke Atas. Lantas, Ketuanya Itu
Mengumpulkan Serpihan Batu Kecil Yg Terdapat Di Lantai. Satu Persatu Batu Kecil
Itu Dibaling Ke Bawah.
Beberapa Kali Batu Itu Mengenai Badan Lelaki Itu. Setelah
Merasa Sakit, Lelaki Itu Mendongak Ke Atas, Melihat Dari Mana Datangnya
Batu-Batu Kecil Yang Menyerang Tadi. Barulah Dia Ternampak Kelibat Ketuanya
Yang Sejak Tadi Cuba Mencuri
Perhatiannya Bagi Menyampaikan Pesanan.
Sahabat Sekalian;
Allah Sering Menjatuhkan Rezeki (Ibarat Syiling), Rahmat
Atau Kesenangan Yang Tidak Terkira Banyak Kepada Kita.
Tuhan Menjatuhkan 'Syiling' Itu Sebagai Satu Panggilan
Agar Kita Sentiasa Mendongak Ke Atas Utk Mengingati Dan Bersyukur Dengan
KurniaanNya.
Tetapi, Acap Kali Kita Lalai Utk 'Mendongak' Ke Atas,
Sebaliknya Terus Menikmati Pemberian-Nya Tanpa Ucapan Syukur.
Seperti Kisah Ketua Dan Pekerja Tadi, Apabila Jatuhan
Syiling Tidak Berjaya Menarik Perhatian, Lalu Dijatuhkan Pula 'Batu' Yg Berupa
Musibah, Kegagalan, Keperitan Dan Pengalaman Yg Menyakitkan. Dan Hanya Setelah
Kita Merasa Kesakitan Itu, Barulah Kita Teringat Utk Mendongak, Menadah Tangan
Utk Bersyukur Mengingati Yang Maha Pencipta Kita.
Semoga Perkongsian Dan Memberi Kesedaran Dan Manfaatnya
Bersama.....
InsyaAllah......
InsyaAllah......
No comments:
Post a Comment