February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Tuesday, August 2, 2011

Bagaimana Masa Muda Kita.....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,muda adalah diantara proses kehidupan bagi setiap maknusia yang dihidupkan Allah diatas muka bumi ini yang pada permulaan kejadianya ia bayi , budak, remaja/muda kemudia tua dan akhirnya mati kembali kepada penciptanya Rabbul Jaleel untuk dihisab amalanya sepanjang kitaran kehidupanya dari bayi hingga tua..Waktu muda ini datang sekali dan ianya mesti digunakan sebaik mungkin untuk berjaya didalam kehidupan dunia terlebih lagi diakhirat nanti.

At-Tirmizi dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Amru bin Maimun  bahawa pada suatu hari Rasulullah  telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki dengan sabda baginda:
"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara ynag lain iaitu, masa muda engkau sebelum datangnya hari tua; masa sihat engkau sebelum datang masa engkau dilanda sakit; masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa; masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk; dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian"

Peringatan di atas jelas menunjukkan bahawa nikmat Allah kepada kita terlalu banyak, dan semuanya terpulang kepada kita bagaimana hendak menggunakannya. Salah satu cara untuk bersyukur adalah dengan menggunakan nikmat yang Allah bagi dengan sebaiknya. Peluang yang pertama Rasulullah katakan dalam hadis di atas ialah mengenai usia muda, usia di mana keadaan kita masih mempunyai kekuatan yang lebih, usia di mana nafsu kita meluap-luap untuk melakukan sesuatu, dan juga usia di mana dikatakan penuh dengan keseronokan.

Semua manusia akan melalui zaman mudanya sekali seumur hidup, oleh itu Rasulullah telah mengingatkan kita agar pergunakan zaman muda ini dengan sebaiknya. Masa muda tidak akan bertahan kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Bila tiba masa tua, segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat. Di masa tua juga sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan pula mula melingkungi diri.

Masa muda yang diberikan percuma oleh Allah itu, akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak, kerana ia bukan sahaja suatu niknat, anugerah, tetapi juga amanah untuk kita yang bergelar manusia. Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dalam bidang ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tuanya penuh dengan kesyukuran. Jika tidak, Allah SWT telah mengingatkan hamba-NYA dengan firman-NYA.
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."
( At-Tin: 4, 5, dan 6 ) 

Oleh yang demikian sahabat yang dirahmati Allah sekelian, marilah kita renungi dan muhasabah  samaada kita masih muda atau telah berlalu masa tersebut. apakah ianya telah menepati kehendah syarak(agama). Seandainya masa muda tersebut telah kita gunakan sebaiknya bersykurlah dan teruskan istiqomah sehingga akhir kehidupan kita, seandainya masa muda tersebut telah kita buang begitu saja maka jangan berputus asa teruskan dengan usia yang masih ada untuk menegabdi kepada Allah dengan banyakkan membuat mala-mal soleh dari sekecilnya sehinggalah sebesarnya yang termampu oleh kita . 

Cuba kita imbas kembali tempoh kehidupan kita yang telah kita lalui 20 ,30, 40, 50 tahun yang lalu , berapa banyak amalan baik yang telah kita  buat dan berapa amalan yang menyebabkan dosa yang kita lakukan ,maka masing -masing kita ada jawapanya sendiri maka seandainya banyak kebaikan maka teruskanlah , sebaliknya jika banyak dosa dalam tempoh tersebut maka banyakkanlah bersitighfar memohon ampun pada Allah dan perbanyakkan amal-amal baik/soleh dan berniat untuk mengerjakan perbuatan baik.Dai dalan Riadhus Sholihin terdapat sebuah hadis mengenai kelebihan berniat untuk berbuat baik dan melakukan kebaikan tersebut.     

11. Dari Abul Abbas, yaitu Abdullah bin Abbas bin Abdul Muththalib, dari Rasulullah s.a.w. dalam suatu huraian yang diceritakan dari Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala -Hadis semacam ini disebut hadits Qudsi- bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu -yakni mana-mana yang termasuk hasanah/kebaikan dan mana-mana yang termasuk sayyiah/kejahatan. Maka barangsiapa yang berniat hengak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berniat hendak  mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali ganda, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali. Selanjutnya barangsiapa yang berniat hengak  mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berniat hendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya." (Muttafaq 'alaih)

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment