February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Monday, August 13, 2012

Tidur Dan Kehidupan....

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته   

Saudara  yang dirahmati Allah sekelian,pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini kita imbas apa yang ada pada tidur yang kita lakukan saban hari. Kita melalui hari-hari kita seperti biasa, kita tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.Banyak bukan?makin panjang umur makin banyaklah tidur kita

 وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاساً وَالنَّوْمَ سُبَاتاً وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُوراً 
Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha.-AlFurqan 47

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah kita rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun? Siapa yang memberikan kita nyawa kita semula? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah . Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.
Firman Allah mengenai tidur:
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.-Azzumar 42

Jadi, apabila setiap kali kita tidur, apakah kita boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? 
Bayangkan, malam ini kita tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa kita pada hari semalam? Hutang-hutang kita yang belum berbayar? Rakan yang kita khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika kita tidur dan esoknya kita tidak bangun? Pernahkah kita, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang kita lakukan sepanjang hari? Atau kita tidur, dengan keyakinan 100% kita akan bangun keesokan harinya, lalu kita berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni” Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi sebarang kematian. Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan? Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, kita bangun pagi saban hari, pernah kah kita berfikir betapa menyesalnya kita meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau kita kumpul segala harta dunia ini, namun kita tetap tidak akan mampu mengambilnya semula. Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dosa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah kita menyesali dengan apa perkara buruk yang kita lakukan semalam apabila anda bangun tidur. Jangan pandang kehidupan kita ini mudah/enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah . Maka, sebelum tidur kita muhasabahlah segala perbuatan kita, bila ada dosa bersegeralah beristighfar/taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Kita mungkin tiada esok. Bila bangun, terus bertahmid syukur pada Allah kerana telah memberikan peluang kehidupan kepada kita. maka kita gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Kualiti tidur terbaik adalah seperti firman Allah :
كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ 
 وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ 
Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.-.Azzariyat 17-18

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, hidup ini, untuk persediaan ke sana oleh itu hargai kehidupan ini selagi masih diberi peluang oleh Allah. Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah  berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ 
 “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat kita. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.



والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 
    

No comments:

Post a Comment