February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Saturday, November 30, 2013

Amalan-Amalan Menuju Syurga Allah

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَخْبَتُوا إِلَى رَبِّهِمْ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itu adalah penghuni-penghuni syurga mereka kekal di dalamnya.-Huud 23
إِنَّ الأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ

Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti(beriman dan bertaqwa,beramal soleh) benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan,- AL INFITHAAR-13

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk mendapatkan sesuatu yang berharga ianya perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Semakin tinggi nilai sesuatu barang maka semakin tinggi pula bayaran yang perlu dibayar. Begitu juga dengan syurga yang disediakan oleh Allah T dihari akhirat nanti. Perlu ada beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipenuhi oleh manusia sebelum mereka dikurniakan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya itu.

Dari hadis Rasulullah  yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. berkata, "Rasulullah SAW. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak memasukkan orang ke dalam syurga. Baginda menjawab, 'Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).' Baginda ditanya tentang hal yang banyak memasukkan orang ke neraka. Baginda menjawab, 'Mulut dan kemaluan'." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari hadis diatas telah jelas kepada kita bahawa orang yang bertakwa (muttaqiin) dan akhlak yang baik adalah ciri utama yang boleh membawa jalan ke syurga. Orang muttaqiin adalah mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Allah . Apakah sifat-sifat orang muttaqiin yang mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah ? Sifat-sifatnya adalah seperti berikut :

1. Merasa takut kepada Allah  dalam keadaan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Sentiasa berhati-hati didalam kehidupan ini, takut kalau-kalau ada perkataan atau perbuatannya yang menyebabkan kemurkaan Allah . Model kehidupannya adalah bersumberkan Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah .

2. Mempunyai perasaan malu kepada Allah  dan pada makhluk untuk melakukan maksiat.

3. Jika ia terlanjur berbuat maksiat kerana lupa atau jahil, tubuhnya bergoncang, yang kegoncangannya itu boleh dirasakan benar oleh manisnya bertaqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah , lalu cepat  mengucapkan 'Astaghfirullah...astaghfirullah'. akhirnya ia berdoa , 'Hamba mohon ampun, hamba bertaubat kepada-Mu, wahai Zat Yang Maha Penyayang. Hamba menyesal. Hamba berhasrat tidak kembali pada kemaksiatan lagi untuk kedua kalinya.'

4. Sentiasa jujur dalam perkataan, selalu ikhlas dalam amalannya. Jika hendak tidur, ia berzikir kepada Allah , sehingga nilai tidurnya mengharap reda Allah . Jika bangun, ia juga berzikir kepada-Nya sehingga bangunnya diselimuti oleh rahmat dan pertolongan Allah .

5. Para muttaqin(orang-orang yang bertaqwa) adalah ahli ihsan, kebaikan, cergas dan mempunyai perasaan belas kasihan. Ia tahu, mendengar dan sentiasa beramal diladang ketaatan dan ketauhidan, ladang bagi insan yang takut dan mencintai Allah.

6. Hatinya luhur, jiwanya murni dan kasih dan sayang sesama mukmin dan tidak mementingkan dirinya sendiri. Sentiasa mencari reda Allah  dan menjauhi kemurkaan Allah .

Akhlak yang baik sebenarnya datang dari hati yang beriman dan bertakwa kepada Allah . Akhlak yang baik adalah natijah daripada jiwa yang tunduk dan patuh kepada Allah. Akhlak yang lahir bukan dari dorongan dalaman (iman dan takwa) ianya tidak diikhtiraf oleh Allah . kerana ianya mungkin lahir kerana mengikut adat resam atau malu pada manusia. Contohnya memakai pakaian menutup aurat hanya ketika ada program agama atau ada urusan kematian, sedangkan pada masa yang lain masih membuka aurat. Akhlak yang baik adalah salah satu maqam mulia daripada maqam-maqam takwa. Tidak mungkin kita menjumpai orang bertakwa dengan akhlak yang buruk. Amat sesuailah Rasulullah . mengisyaratkan bahawa yang banyak masuk syurga adalah takwa kepada Allah  dan akhlak yang terpuji. Jika seorang hamba tidak bertakwa kepada Allah , ia akan merampas hak orang lain, mencuri, berbuat zalim, membunuh, merusak dibumi dan tidak punya perasaan malu, memakan harta anak yatim serta membela syahwatnya. Dengan sendirinya ia jatuh dalam lembah kemaksiatan dan dosa.

Rasulullah . menjelaskan juga ramai dari ahli neraka adalah terdiri daripada mereka yang tidak menjaga mulutnya (mengumpat, memfitnah, berdusta, berbohong, mungkir janji, batu api, menyakiti hati orang lain, maki hamun, sumpah palsu dan menentang hukum-hukum Allah) dan tidak menjaga kemaluannya. Lidah memang tidak bertulang tetapi jika disalah gunakan boleh mendatangkan bencana yang besar didalam masyarakat begitu juga dengan kemaluan seseorang. Jika seseorang tidak menjaga kemaluan iaitu mereka yang berzina, liwath, lesbian dan onani. Kesemua perbuatan tersebut akan menjerumuskan pelaku-pelakunya ke dalam neraka jika tidak bertaubat kepada Allah .

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita memperbaiki akhlak dan keperibadian kita dan beramal dengan amalan yag baik dan ikhlas semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Syurga yang penuh nikmat hanya akan dapat masuki dan dinikmati oleh mereka yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah SWT.


Masih dalam suasana Aidil Fitri (23 Syawal). Sambil bermaafan ucapkan juga doa-doa sesama kita semoga kita terampun dosa sesama kita dan mendapat pengampunan Allah serta diterima segala amalan terutamanya dibulan Ramadhan yang telah berlalu.

تقَبلَ اللهُ منا ومنكم
TaqabbalAllahu Minna Waminqum 
"Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu"

كل عام وأنتم بخير
Qullu Aamin Waantum Bikhoir
"Semoga kamu sentiasa didalam kebaikan setiap masa"


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment