February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Wednesday, December 11, 2013

Mari Betulkan Cara Berdoa Kita

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saudara yang dirahmati Allah sekelian, kita banyak berdoa didalam ibadah dan kehidupan seharian, mari kita lihat samaada cara kita berdoa menepati seoperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah atau sebaliknya. Jika ianya bertepatan Alhamdulillah teruskan dan istiqomah berterusan denganya dan seandainya kurang tepat mari kita betulkan . Imam Al Ghazali, didalam kitab Mau’izhatul Mukminin-Bimbingan Mukmin, menggariskan cara dan tertib berdoa, berzikir kepada Allah  itu dengan  sepuluh adab iaitu:

(1)Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan doanya ke hadrat Allah . Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan-bulan yang lain. Atau pada hari Jum’at dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ 
“Dan pada waktu-waktu tengah malam(waktu sahur), mereka memohon keampunan.” (as-Zariat: 18)

(2)Hendaklah ia mencari ketika dan keadaan yang baik, seperti masa berkecamuknya barisan-barisan hadapan pada sabilullah (peperangan untuk meninggikan syiar Allah), dan pada masa turunnya hujan lebat  dan pada masa mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu dan sesudahnya dan masa-masa di antara azan dan iqamah, dan pada ketika bersujud dalam masa sembahyang. Kesimpulanya dikira mulianya sesuatu waktu itu kembali kepada kemuliaan keadaannya. Misalnya di waktu tengah malam, ketika itu hati sedang dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta terhindar daripada segala kesibukkan kehidupan. Begitu juga waktu di Hari Arafah dan pada hari Jumaat, ketika itu seluruh perhatian sedang berkumpul dan hati sedang tolong-menolong pada mencapai kerahmatan yang menyeluruh dari Allah .

(3)Hendaklah menghadapkan mukanya ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu doa, mengangkat tinggi kedua belah tangan sehingga boleh terlihat bahagian ketiak, kemudian selesai berdoa, ia pun menyapu kedua belah tangan itu ke muka. Berkata Umar Ibnul-Khattab: Seringkali Rasulullah s.a.w ketika mengangkat kedua belah tangannya waktu berdoa tidak meleraikannya melainkan sesudah disapukan dengan kedua belah tangan itu kewajahnya. Ibnul Abas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah berdoa dirapatkan kedua belah tapan tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentangan dengan wajahnya. Demikianlah cara-cara tangan itu ketika dalam berdoa dan baginda tidak pula mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.

(4)Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat. Siti Aisyah berkata dalam memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:
وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا  
“Dan janganlah engkau mengangkkat suaramu di dalam sembahyang dan jangan pula merendahkannya sangat.” (al-Isra’ 110) Kata  Aisyah maksudnya ialah ketika membaca doa-doanya: Allah  telah memuji Nabi Zakaria a.s. dengan firmanNya:
إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاء خَفِيّاً 
“Ketika ia menyeru Tuhannya dengan seruan perlahan-lahan.” (Maryam: 3)

Firman Allah  lagi:
ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
“Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

(5)Janganlah sampai ia memaksa dirinya dalam berdoa dengan bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai malampaui doa-doa ma'tsurah (doa-doa yang dihafal dari Rasulullah .) sebab dikhuatiri ia akan melampaui batas di dalam doanya, lalu ia meminta apa yang tak patut dimintanya. Perlu diketahui bahwa bukan semua orang pandai menyusun doa terhadap Allah.

(6)Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyu’an, penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.
Allah telah berfirman:
ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعاً وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
“Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

(7)Hendaklah bersikap tetap  dalam doanya dan meyakini bahwa doanya itu akan di kabulkan oleh Allah . serta membenarkan harapannya itu. Dalam hal ini, Rasulullah . telah bersabda: Janganlah seseorang kamu berkata ketika berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki! Atau berkata: Ya Allah! Ya Tuhanku! Rahmatilah aku jika Engkau menghendaki Malah hendaklah menguatkan keazaman dalam doanya itu, kerana Allah tiada pernah di paksa atas pengabulan doa.

Bersabda Rasulullah :
“Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memperbesarkan permohonannya, sebab tiada sesuatu pun yang dianggap besar di hadrat Allah .
Bersabda lagi Rasulullah .
“Berdoalah kepada Allah sedangkan kamu penuh keyakinan akan dikabulkan permintaan kamu itu dan ketahuilah bahwasanya Allah  tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya.”

(8)Hendaklah ia bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa dalam doanya. Dan sebaik-baiknya diulang-ulangkan sampai tiga kali, dan jangan sampai merasa terlalu lambat menerima pengabulan.

(9)Hendaklah ia memulakan doanya dengan sebutan nama Allah dan janganlah sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu.  Sesudah menyebut nama Allah disebut pula selawat atas Nabi  dan menutup doanya juga dengan sebutan salawat atas Rasulullah  juga.

(10)Memastikan kita berdoa penuh kekhusukkan dan itulah punca pengabulan dalam semua doa; iaitu bertaubat dan menghentikan segala perbuatan yang berlawanan dengan perintah Allah dan bermohon/berdoa kepada Allah dengan sepenuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.

Saudara yang dirahmati Allah sekelian , semoga apa yang telah kita amalkan selama ini bertepatan dengan cara diatas semoga kita akan terus mengamalkanya mudah-mudahan akan mendapat rahmat Allah.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

No comments:

Post a Comment