February 3, 2013

February 3, 2013
.....tempat tumpah darahku, tempat kelahiran ku 52 tahun dulu....... alangkah rindu hati ini, bila teringatkan kampong halaman,lebih2 lagi emak dan abah masih sentiasa menanti kepulangan ku...

Monday, June 20, 2011

Kubur Yang Menanti -Bahagia Atau Sensara...

السلام علبكم و رحمة الله و بركاته 
Saudara yang dirahmati Allah sekelian, Alam Kubur merupakan sesuatu yang pasti. Setiap manusia pasti akan mengalami kehidupan di dalamnya. Kubur merupakan awal persinggahan dari kehidupan akhirat yang panjang dan kekal tak berpenghujung. Dan kubur adalah medan yang menjadi ujian pertama bagi manusia pada pasca kematiannya.

Cubalah renungkan, bahawa kita bila tiba masanya pasti akan mati. Kemudian kita dimandikan, dikafani, disolatkan, dan akhirnya dihantar oleh keluarga, kerabat, dan sahabat anda ke tanah perkuburan. Di sana kita dimasukkan ke liang kubur yang sempit, lalu perlahan-lahan mereka mula menimbus tubuh kita dengan tanah hingga kubur itu tertutup rapat. Setelah itu satu persatu mereka pergi meninggalkan kita. Dan tinggallah kita seorang diri hanya berteman gelap dan sepi.

Dari sinilah perjalanan kebahagiaan yang kekal atau kesengsaraan yang abadi akan bermula. Di-awali dengan datangnya dua orang malaikat yang menyampaikan beberapa pertanyaan. Tidak ada yang dapat menolong anda melainkan keimanan, amal kebaikan, dan doa yang selalu anda panjatkan kepada Allah. Kerananya Rasulullah  selalu berdoa dan memohon perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, pada setiap tasyahhud akhir di penghujung solatnya.

Kerana itu, persiapkanlah diri kita ini untuk menghadapi ujian yang maha berat tersebut dengan membuat dan membawa amal-amal soleh semasa hidup dan perbanyakkan doa sebelum salam setiap kali solat seperti yang diajar oleh Rasulullah. Insya Allah mudah-mudahan kita dapat menghadapinya dengan mudah dan menjalani kehidupan alam kubur dengan bahagia. Kerana dengan keimanan yang kuat akan kepastian datangnya alam kubur, sebab-sebab mendapat nikmat atau adzab kubur, sebab-sebab yang menyelamatkan seseorang hamba dari adzab kubur,mari kita mulakan dari sekarang dengan doa-doa tersebut sebelum memberi salam setiap kali solat. 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab api neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah/ujian ketika hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah Dajjal”.

Dalam riwayat hadis dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila seseorang kamu selesai dari membaca tasyahhud (yakni tahiyyat) akhir, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari empat; dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan Dajjal”. (Riwayat Imam Muslim)

Selain doa di atas, doa lain yang pernah dibaca Nabi s.a.w. ialah;

اللَّهمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
.
“Ya Allah. Kurniakanlah keampunan untukku terhadap apa sahaja (dosa) yang telah aku lakukan yang terdahulu dan juga yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan serta apa sahaja perbuatan sia-sia atau melampau yang telah aku lakukan di mana Engkaulah yang lebih tahu tentangnya dari diriku sendiri. Engkaulah Tuhan yang maha dahulu dan yang maha akhir. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau sahaja”.
(Riwayat Imam Muslim dari  ‘Ali .) 


والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
 
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
 

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
 
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)

كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
 
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala  Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 

No comments:

Post a Comment